Sponsor

Monday, July 14, 2014

Tragedi Gaza - 'Bangunlah Anakku !..Ayah Telah Membelikan Mainan Untuk Mu, Bangunlah Anakku !..

Teramat sulit membayangkan perasaan Salman Abu Namus, ayah dari Sahir. Murka bercampur rasa duka yang mendalam. Menangisi dan meratapi pemergian putera yang dikasihinya, Sahir...
Sahir, baru saja genap berusia lima tahun, menjadi korban pembantaian pada Jumaat lalu akibat terkena serpihan peluru yang ditembakkan sebuah jet tempur Israel kearah orang awam. Rumahnya di kawasan Tal al-Zaatar, utara Jalur Gaza, petang itu menjadi salah satu sasaran gempur udara regim Zionis.
Yang membuatkan hati ayah terluka kerana Sahir terbunuh dalam keadaan menghayat hati dan mengerikan. Kepalanya cuma berbaki setengah dan setengah lagi bertaburan ditanah..
Ketika tragedi itu terjadi, Sahir begitu riang serta ramah bermain gembira di samping ibunya. Tiba-tiba...!.. Sahir gugur, alangkah sedihnya hati siibu dan ayah. Senda gurau, gelak ketawa yang tadi nya masih terngiang-ngiang ditelinga kini hanya tinggal kenangan buat selamanya. Sahir menjadi korban yang tidak sepatutnya.
Ayah bergegas melarikan anaknya ke rumah sakit. Sepanjang perjalanan ayah menangis, meraung-raung... ‘Bangunlah anakku ! Bangunlah anakku !..Ayah telah membelikan mainan untuk mu, tolong bangun...bangunlah anakku !..
Sebulan sebelum terjadinya peristiwa ini, ayahnya begitu membanggakan sahir di depan bibinya. Kata ayah,.. ‘Dia (Sahir) kelihatan begitu cerdas, bahkan lebih cerdas dari saudara-saudara kandungnya yang lain’..
Sahir Salman Abu Namus termasuk dalam senarai 21 anak-anak maut akibat kebiadaban Israel pada Jumaat, ‘hari berdarah’ itu. Sahir serta beberapa lagi hanya kanak-kanak yang tidak berdosa. Mereka tidak mengerti apa-apa. Mereka hanya ingin bermain dan bergembira.
Kisah ini dititipkan dari Paman Sahir, ‘Dia Mahmud’ yang diceritakan kepada Media Electronic Intifada minggu lalu. Semoga kisah ini menjadi titik kenangan buat kita semua.. Dari sumber asal yang ditulis semula/M.com

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/