Sponsor

Saturday, July 19, 2014

MH17 – Mayat Berterbangan Dari Udara Selepas Letupan Kuat...


Satu letupan kuat kedengaran yang membuatkan bangunan bergegar. Sejurus kemudian, mayat jatuh dari langit dan menghujani kawasan kampung di Ukraine. 

Salah satu dari mayat tersebut jatuh menembusi bumbung rumah Irina Tipunova di kampung tersebut, sebaik selepas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 meletup di ruang udara timur Ukraine yang menjadi tempat pertempuran di antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan pasukan kerajaan. 

"Saya dengar bunyi lolongan dan kemudian kesemuanya bergegar. Kemudian, objek jatuh bertaburan dari udara,” kata pesara berusia 65 tahun itu di hadapan rumahnya.

"Kemudian saya dengar bunyi yang kuat dan dia jatuh di dapur, bumbung saya rosak,” katanya yang menunjukkan lubang besar yang terhasil apabila ditembusi oleh mayat tersebut. Mayat wanita tidak berpakaian itu masih terdampar di dalam rumahnya, di sisi sebuah katil.

Kira-kira 100 meter dari rumah Tipunova, puluhan lagi mayat bergelimpangan di ladang gandum, tempat pesawat itu jatuh pada hari Khamis, membunuh kesemua 298 di dalam penerbangan tersebut. 
Tipunova yang masih terkejut dengan peristiwa itu berkata: “Mayat itu masih berada di sini kerana mereka mahu saya tunggu pakar datang dan mengambilnya”.
MK/19 Jul 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/