Sponsor

Friday, July 18, 2014

Tony Abbott – Pesawat MAS MH 17 Di Tembak Jatuh Oleh Pemberontak Pro Russia...


Perdana Menteri Australia Tony Abbott mendakwa pemberontak yang disokong Rusia menembak MH17 ketika ucapannya sebelum parlimen hari ini. – Gambar Reuters, 18 Julai, 2014.
Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata, nampaknya pemberontak yang disokong Rusia di balik kejadian tembakan ke atas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) Pesawat MH17 di timur Ukraine yang membunuh semua 298 penumpangnya, lapor Reuters hari ini.
Ketua keselamatan Ukraine mendakwa pegawai pengintip tentera Rusia terlibat dengan pemberontak pro-Rusia yang menjatuhkan pesawat itu.
Abbott menyalahkan kumpulan pemisah anti-Kiev kerana menembak jatuh pesawat itu ketika memberikan ucapan sebelum parlimen di mana beliau turut mengesahkan 27 rakyat Australia mati dalam kemalangan itu.
"Ini adalah hari suram untuk negara kita dan juga dunia. Penerbangan Malaysia MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine, ia dilihat dilakukan oleh pemberontak yang disokong oleh Rusia," katanya sebagaimana dilaporkan Reuters. – MI/18 Julai, 2014.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/