Sponsor

Sunday, July 13, 2014

Piala Dunia – Jerman Vs Argentina, Pertembungan Antara Dua Benua...


Pertembungan antara Argentina menentang Jerman pada perlawanan akhir itu bakal menanti keputusan yang mendebarkan dalam sejarah kejohanan Bola Sepak Piala Dunia. Perlawanan yang bakal menyaksikan pertembungan antara dua benua, Eropah dan Amerika Selatan itu, sudah pasti menjanjikan satu pertarungan menarik antara kedua-dua pasukan yang mahu membuktikan siapa yang lebih hebat di muka bumi ini.

Perlawanan akhir tersebut juga merupakan pertembungan kali ketiga antara kedua-dua kuasa besar bola sepak Eropah dan Amerika Selatan itu di pentas akhir Piala Dunia. Bagaimanapun, sukar untuk diramalkan sama ada perlawanan itu nanti bakal menyaksikan ledakan gol yang banyak atau pun sebaliknya seperti yang pernah berlaku pada pertemuan 1986 di Mexico City yang berkesudahan Argentina menang 3-2, ataupun lebih mirip kepada kejayaan tipis 1-0 Jerman Barat pada 1990 di Rome.

Sama-sama kita saksikan...
Siapa yang bakal mencipta sejarah Bola Sepak piala Dunia 2014 ?

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/