Sponsor

Sunday, July 20, 2014

Silap Info,..Perisikan Israel Di Permalukan Oleh Brigade Al Qassam, Hamas...

Media Israel, ‘Walla melaporkan, keupayaan tinggi sayap tentera Hamas, Brigade Izzuddin Al Qassam menentang tentera Israel dijalur Gaza dalam beberapa hari ini menjadi satu pukulan yang menyakitkan bagi Perisikan Israel. Apa yang dialami ketika ini oleh tentera darat regim Israel sedikit sebanyak berpunca dari kesalahan informasi dan analisa dari perisikan Perang Israel. Ini adalah kesalahan yang kedua selepas sebelumnya yang ‘silap’ memperkirakan kemampuan roket-roket milik Gaza. Hal ini membuktikan Brigade Al Qassam mempunyai kekuatan yang diluar jangkaan perisikan.

Sebelum ini, perisikan Israel menyangka bahawa Hamas ketakutan untuk menghadapi tindakan agresif ketenteraan Yahudi Israel di wilayah Gaza dan berharap ada gencatan senjata segera. Namun sangkaan mereka meleset. Beberapa hari lalu, Israel menggesa Hamas menerima genjatan senjata yang ditaja oleh Mesir, namun Hamas menolak gencatan senjata tersebut yang dianggap merugikan mereka. Hamas meletakkan beberapa syarat bagi memenuhi gencatan senjata tersebut. Israel begitu Optimis untuk mengalahkan Hamas, namun sehingga kini terjadi di sebaliknya. Hamas masih mampu bertahan dan bersedia untuk berhadapan dengan Israel. 

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/