Sponsor

Wednesday, July 23, 2014

Majlis Pimpinan PR [PAS, DAP Dan PKR] Capai Keputusan Tukar MB Selangor...

KUALA LUMPUR 23 Julai : Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini 23 Julai 2014 telah menerima cadangan daripada KEADILAN untuk membuat pertukaran Menteri Besar di Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Parti DAP dan PAS akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat. DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada KEADILAN.

Kenyataan bersama ini dikeluarkan oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.-KD/23 Jul 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/