Sponsor

Thursday, July 24, 2014

Pesawat Air Algerie AH 5017 Di Sahkan Terhempas, Semua 116 Penumpang Termasuk Anak kapal Terbunuh..

Dalam tempoh tidak sampai dua minggu, selepas insiden malang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17, hari ini pesawat milik Air Algerie AH5017 disahkan terhempas di Niger selepas terbang melalui ribut kuat.
Stesen televisyen Algeria Elnahar mengesahkan pesawat itu terhempas kerana cuaca buruk.
Pesawat itu terhempas selepas melalui bandaraya Niger dan dianggarkan kesemua116 orang penumpang terbunuh.
Penerbangan itu dikatakan ditemui berhampiran Niamey, ibu negara Niger.
Pesawat berkenaan berlepas dari bandaraya Burkinan, Ouagadougou dan terputus hubungan dengan stesen kawalan ketika melalui ruang udara Malidan dikatakan satu jam perjalanan dari sempadan Algeria.
Pesawat malang itu dijadualkan mendarat di destinasinya kira-kira jam 5.10 waktu tempatan tetapi tiada komunikasi dengan pusat kawalan, walaupun cuba dihubungi pegawai selama enam jam selepas ia melakukan lencongan.
Terdapat enam anak kapal, kebanyakannya warga Sepanyol, dan 110penumpang, yang terdiri daripada warga Perancis. – MI/24 Julai, 2014. 

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/