Sponsor

Monday, July 14, 2014

Kasino Ke Dua Terbesar Akan Di Bina Di Pahang..?..

KAWASAN peranginan Berjaya Hills, Bukit Tinggi dikatakan akan dicadangkan menjadi kasino kedua di Pahang.
BENTONG - Sebarang cadangan untuk meluluskan operasi pusat kasino kedua di negara ini bertempat di Pahang perlu mengambil kira kehendak dan sentimen seluruh rakyat di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan, meskipun keputusan untuk meluluskan lesen perjudian terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri mempunyai kuasa dari segi kelulusan tanah di Pahang.

"Lesen perjudian adalah di bawah kelulusan Kerajaan Persekutuan, saya sebagai Menteri Besar tidak dapat mengulas banyak. "Setiap keputusan perlu dibuat berdasarkan perasaan dan kehendak rakyat kerana sesuatu yang dianggap baik kepada satu kumpulan mungkin tidak baik bagi kumpulan lain," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis berbuka puasa bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di pekarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Simpang Pelangai di sini kelmarin.-Kosmo/14 Jul 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/