Sponsor

Thursday, July 17, 2014

Laporan Belum Di Siasat, Yang Buat Laporan Sudah Di Pecat...


Masalah berkaitan pemilihan PKR tak kunjung-kunjung padam.

Hari ini, seorang lagi anggotanya dipecat kerana selepas membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pemilihan PKR di Kuala Selangor, yang menyaksikan kecundangnya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Beliau telah didapati membuat laporan terhadap parti kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 14 Julai untuk membatalkan pemilihan cabang Kuala Selangor, dan memberi kenyataan media yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, Antaraposdan Sinar Harian.
“Sdr Arijan Osman dengan ini dipecat dari PKR,” kata Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Utusan Online melaporkan Arijan tampil ke ROS di Putrajaya bagi mengemukakan aduan berhubung dakwaan manipulasi proses pemilihan parti itu dan mengesyaki wujud penglibatan petugas pemilihan.

Arijan mendakwa, dipercayai kertas undi cabang itu diusik ketika bekalan elektrik terputus semasa pengiraan dan sesiapa sahaja boleh mengundi tanpa memastikan identiti sebenarnya. "Saya mempunyai bukti dan saksi untuk menyokong aduan ini dan bersedia membantu ROS bagi menjalankan siasatan," beliau dipetik sebagai berkata.

Arijan juga dilaporkan berkata, beliau mewakili ahli akar umbi Cabang Kuala Selangor menyatakan sokongan padu kepada Khalid, yang tewas kepada bekas ahli Parlimen Kapar S Manickavasagam dalam merebut jawatan ketua cabang.


Dalam kenyataannya hari ini, Tan berkata, kes itu telah dibentangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat Biro Politik semalam yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PKR Tian Chua.-MK/17 Jul 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/