Sponsor

Thursday, July 17, 2014

MP Shah Alam – ‘Saya Tak Faham Di Mana Yang Saya Telah Mencabar Kuasa Baginda’...

MP Shah Alam Khalid Samad hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataannya tentang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) namun menjelaskan yang beliau "keliru" sebab di sebalik kemurkaan baginda.
Jelasnya, cadangannya untuk menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah untuk memelihara nama baik Sultan seandainya sebarang kritikan dilemparkan kepada agensi itu.
"Saya minta maaf dan ampun sekiranya apa-apa yang saya sebut dan tulis sebelum ini memberi gambaran sedemikian rupa terhadap Duli Yang Maha Mulia. "Niat di sebalik pindaan yang saya cadangkan bukan hendak cabar Sultan, bukan hendak biadab dengan Sultan tetapi saya hendak jaga nama baik Sultan," katanya pada sidang media di Shah Alam.
Ditanya wartawan sebab beliau menggunakan perkataan 'sekiranya' dan 'jika' dalam permohonan beliau, Khalid menjelaskan, "Kerana saya tidak faham di mana yang saya telah mencabar kuasa baginda".-MK/17 Jul 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/