Sponsor

Sunday, July 20, 2014

MH17 - [Gambar] Sukarelawan Di Paksa Serahkan Mayat Penumpang Yang Terkorban Kepada Pemberontak Pro-Russia...

Pasukan tentera pemberontak pro-Russia sudah mengambil 196 mayat mangsa nahas pesawat MH17 yang ditemui di kawasan nahas ke lokasi yang tidak diketahui, kata pasukan perkhidmatan kecemasan Ukraine.
Wartawan Associated Press (AP) sendiri menyaksikan tentera pemberontak memasukkan mayat mangsa yang dibungkus dengan plastik ke dalam lori sebelum membawa keluar dari kawasan nahas. 
Pada pagi Ahad, wartawan AP mendapati tiada mayat di kawasan nahas dan pasukan perkhidmatan kecemasan dilihat menyelusuri padang gandum untuk mencari anggota badan dan tentera pemberontak yang bersenjata juga gagal dikesan di kawasan berkenaan. 
Jurucakap Menteri Kecemasan Ukraine, Nataliya Bystro berkata, pekerja sukarela di wilayah yang dikawal tentera pemberontak itu dipaksa untuk menyerahkan semua mayat yang ditemui kepada pemberontak bersenjata. 
"Kami tidak tahu ke mana mereka membawa mayat itu," kata Bystro.
Seorang pekerja perkhidmatan kecemasan, Alexander Pilyushny, berkata, tentera pemberontak itu mengambil masa beberapa jam untuk membawa semua mayat itu keluar dari kawasan nahas. Katanya, dia bersama rakan kerja yang lain tiada pilihan selain akur pada arahan kumpulan pemberontak untuk menyerahkan mayat kepada mereka. "Mereka bersenjata dan kami tidak. Mereka (tentera pemberontak) datang, memasukkan mayat ke dalam lori dan membawa mereka ke lokasi yang tidak diketahui," katanya. - AP

Gambar sebahagian mayat mangsa pesawat MH17 yang terhempas dikumpulkan ditepi jalan dipercayai akan dibawa oleh pemberontak Pro-Russia



0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/