Sponsor

Friday, July 18, 2014

MH 17 - ‘Gurauan’ Yang Menjadi kenyataan...

Tragedi terjatuhnya pesawat tidak dapat diduga oleh sesiapapun. Namun tragedi yang menimpa penerbangan MH 17 mencatatkan satu kenangan buat seorang penumpang yang berasal dari Belanda. 
Lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Cor Pan sempat memuatkan gambar pesawat MH 17 berkenaan dilaman sosial facebook miliknya dan secara gurauan menulis ‘Jika Pesawat ini hilang, ini lah rupanya’..Rupa-rupanya Cor Pan masih ingat akan pesawat MH 370 yang hilang pada bulan Mac lalu.

‘Gurauan’ nya benar-benar terjadi.Tragisnya, Cor Pan juga turut menjadi korban dalam tragedi ini. Dikalangan rakan-rakan nya, Cor Pan memang terkenal sebagai penggila muzik. Beliau antara yang menjadi korban bersama ratusan penumpang yang lain termasuk kekasihnya.
‘Dia benar-benar lelaki yang sangat mencintai muzik, namun semua akhirnya harus berakhir’,..mengikut salah satu pesan yang muncul selepas tragedi itu sebagai bukti simpati terhadap Cor Pan.

Pesawat MAS MH17 terhempas diperbatasan Ukraine – Russia pada khamis 17 Julai dipercayai ditembak oleh golongan pemberontak Pro Russia. Sekitar 298 penumpang termasuk kru penerbangan dilaporkan mati dalam tragedi tersebut..

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/