Sponsor

Wednesday, July 16, 2014

Hormati Keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim Yang Akan Berkhidmat Sehingga Habis Penggal...

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan terus menggalas jawatan Menteri Besar Selangor sehingga habis penggal ini.
“Saya akan menunaikan janji saya pada rakyat Selangor untuk meneruskan tugas sebagai Menteri Besar hingga habis penggal ini,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Jelas Abdul Khalid, perakuan akan menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab dan beramanah turut terkandung semasa beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar selepas Pakatan Rakyat (PR) menang selesa dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Abdul Khalid berkata lagi, beliau juga bersedia menghadapi sebarang tekanan dari mana-mana pihak yang berusaha menyingkirkan beliau dari kerusi nombor satu negeri itu.-SK/16 Julai 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/