Sponsor

Tuesday, July 22, 2014

MH17 - Ketua Pemisah Ukraine Serah Kotak Hitam Pesawat Kepada Pakar Malaysia..


Kotak Hitam
DONETSK 22 JULAI:Kumpulan pemisah Ukraine dilaporkan telah menyerahkan dua kotak hitam MH17 kepada pakar Malaysia.
Memetik laporon agensi berita ABC penyerahan dua kotak hitam itu  dibuat sendiri oleh ketua pemisah Ukraine, Alexander Borodai. Turut berlaku ketika penyerahan, gencatan senjata di zon 10 kilometer sekeliling itu bagi membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa masuk dengan selamat ke lokasi nahas MH17 di timur Ukraine.
Dalam pada itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara mengutuk tindakan menembak jatuh pesawat penumpang Malaysia dan mendesak akses penuh ke tempat kejadian di kawasan pemberontakan di timur Ukraine.
Australia yang mengetuai penyediaan draf resolusi itu menggesa agar penyiasatan antarabangsa diadakan. Menteri Luar Australia, Julie Bishop mendesak PBB agar mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
Menurut AFP, Majlis Keselamatan juga menggesa semua negara agar bekerjasama dalam penyiasatan itu dan Russia disyaki menyokong pemberontak pro-Moscow dan dituduh membekalkan senjata peluru berpandu yang canggih. Berikutan rundingan selama tiga hari, Russia bersetuju menerima resolusi berkenaan selepas diubah ungkapan mengenai siapa yang akan mengetuai penyiasatan bencana yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia itu.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) menyokong penuh keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan sidang khas parlimen mengecam tragedi MH17. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR juga komited dalam apa-apa bentuk ketetapan bagi mengutuk tragedi yang disifatkan sebagai satu jenayah pembunuhan beramai-ramai. Katanya, PM perlu menyatakan secara jelas pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi berkenaan tanpa mengira siapapun mereka.-SK/22 Jul 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/