Sponsor

Tuesday, July 8, 2014

Rumah Mampu Milik Generasi 2 Felda Sudah Tidak Mampu Dimiliki..?..


Majlis Belia Felda Malaysia Berhad mencadangkan Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) dihentikan sementara bagi mengkaji semula cara terbaik ia mampu dimiliki oleh generasi kedua di tanah rancangan Felda. 
    
Presidennya Anuar Abd Manap berkata perkara itu perlu bagi memastikan golongan itu mampu memiliki rumah seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2013. 
    
"Kita menerima keluhan daripada anak-anak Felda yang mahukan harga rumah PGBF itu ditetapkan semula pada harga yang mereka mampu iaitu RM70,000 seunit," katanya.
    
Beliau berkata selepas hampir dua tahun pelaksanaan projek PGBF, harga minimum satu unit rumah kini mencecah sehingga RM120,000.  
    
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU antara Koperasi majlis itu dengan Agrotech Bistari Sdn Bhd berhubung produk Beras Jenama 'Belda', di sini semalam. "Selain harga rumah yang tinggi, syarat pinjaman yang agak ketat menyukarkan golongan generasi kedua Felda untuk memiliki rumah itu," katanya. 
    
Anuar berkata cadangan itu akan diserahkan kepada perdana menteri esok.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/