Beliau
berkata demikian dalam forum bertajuk '1MDB: Protes Rakyat atau Dewan Rakyat'
anjuran Malaysiakini malam tadi. Panelis
lain diforum itu ialah bekas timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin
Abdullah, bekas timbalan menteri belia dan sukan, Gan Ping Sieu serta Pengerusi
BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah.
Selain
itu, dengan nada sinis, bekas ketua pengarang kumpulan NSTP itu berkata, tidak
pernah dalam sejarah negara ini di mana seorang perdana menteri masih lagi
kekal berkuasa walaupun telah dihina."Tak
ada perdana menteri dalam sejarah Malaysia dihina sedemikian rupa tapi masih
kekal berkuasa. Jawapannya sangat mudah. Dia (Najib) ada seorang perdana
menteri yang sangat eksklusif. "Dia
mungkin beritahu anda bahawa dia adalah seorang yang sederhana dan inklusif
tetapi sebenarnya tidak. Di dalam hati kecilnya, beliau sangat eksklusif dalam
kelompoknya," kata Kadir lagi.
Malah,
Kadir berkata, Najib yang juga presiden Umno, dilihat sebagai seorang pemimpin
yang tidak memerlukan rakyatnya. Justeru
itu, sama ada protes rakyat mahupun melalui Dewan Rakyat untuk menjatuhkan
Najib, perkara itu dilihat sukar untuk dilakukan, kata Kadir."Kita
kini berdepan dengan perdana menteri yang tak perlukan kita semua, (dan) yang
hadiri (perhimpunan) BERSIH. Dia tak perlu kita pun. Jadi, secara
kesimpulannya, sama ada protes rakyat atau Dewan Rakyat tidak akan boleh
menjatuhkan dia.
"Dia
sangat yakin dan ini boleh menunjukkan bahawa tidak akan ada undi tak percaya
terhadapnya. Jadi, saya melihat apa yang berlaku tak ada kemungkinan untuk
Najib berundur. Beliau akan kekal jadi perdana menteri sehingga pilihan raya
akan datang. "Saya
rasa, beliau tahu kalau dia pergi sekarang, banyak masalah akan menimpa beliau.
Kuasa, walau sedikit, ada kuasa adalah lebih berguna daripada tak ada
kuasa," kata Kadir lagi.
MK
0 comments:
Post a Comment