
Tindakan
13 ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Shah Alam meletakkan jawatan hari ini
wajar 'dipuji' kerana mereka lebih berani berbanding ahli lain yang menyokong
Gerakan Harapan Baru (GHB) namun masih berselindung di sebalik jawatan parti,
kata Mohd Khairuddin Othman.
Setiausaha PAS Selangor itu berkata, pihaknya menghormati
pendirian itu kerana perlembagaan parti membenarkan mereka berbuat demikian. "Itu hak mereka, kita tahu arah tuju mereka. Dengan sebab
itu, kita ucapkan syabas. "Itu lebih baik dan lebih berani berbanding mereka yang
lantang bersama GHB tetapi masih bersembunyi di sebalik jawatan PAS,"
katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras itu berkata,
tindakan itu tidak menjejaskan pentadbiran PAS Selangor mahu pun peringkat
lain. Katanya, pihaknya akan mengarahkan Dewan Pemuda PAS Selangor
mengisi kekosongan yang ada menurut ketetapan perlembagaan parti. Khairuddin berkata, PAS Selangor mengesahkan setakat ini hanya 2
Adun mereka di negeri itu yang mengisytiharkan diri bersama GHB, dan
menyerahkan nasib mereka kepada PAS Pusat."Semua 13 Adun PAS menyatakan taat setia kepada PAS dan
kepimpinan PAS yang ada."Nasihat kita kepada ahli adalah agar terus beristiqamah
bersama PAS yang menjadi parti Islam terbesar di Malaysia."Apatah lagi kini GHB lebih dilihat sebagai jurucakap
kepada DAP," katanya.
Terdahulu hari ini pada satu sidang media, 13 AJK tersebut mengumumkan peletakan jawatan mereka susulan parti Islam itu kini
dilihat lebih eksklusif selepas pemilihan pada muktamar tahunan Jun lalu. Bekas naib ketua Pemuda PAS kawasan, Abbas Salimmi Adzmi,
berkata peletakan jawatan mereka bermula semalam dan menjangkakan lebih ramai
lagi akan mengambil tindakan sama."Kami mengambil keputusan ini berdasarkan suara di
peringkat cawangan dan kami lihat kami menang pemilihan lalu pun dengan undi
yang agak besar."Yang keluar ini pun dapat undi besar dan agak selesa. Jadi
kita beranggapan akan berlaku lagi peletakan jawatan atau mungkin pembubaran
Pemuda PAS Cawangan di sekitar Shah Alam," katanya.
Katanya, antara sebab peletakan jawatan mereka adalah kerana
kerjasama di peringkat kawasan di kalangan Pemuda negeri semakin longgar. TMI/11
Ogos, 2015.
0 comments:
Post a Comment