
Beliau berkata, krisis yang berlaku sekarang ini tidak mungkin memberi
kesan kepada keputusan pilihan raya umum akan datang kerana akan
diselesaikan dengan baik.“Masalah dalaman parti harus diselesaikan secara dalaman, orang luar
kenapa menyibuk... mereka bukan sokong Umno pun, niat depa (mereka)
supaya BN tidak lagi memerintah negara ini ,”katanya selepas merasmikan
Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Hulu Langat,semalam.
Shahidan tidak menafikan wujud kegelisahan dalam sebahagian puak Umno
terhadap krisis yang berlaku kini.Katanya, golongan itu tidak perlu bimbang kerana Umno sedang menyusun
barisan menghadapi puak pembangkang.“Jangan bimbang puak pembangkang... tidak lari gunung dikejar, pilihan
raya berikutnya Umno akan menang cemerlang, jangan cakap banyak ,”katanya.
Beliau dalam pada itu meminta Pemuda supaya tidak salah faham, sebagai
orang Melayu katanya golongan itu perlu memastikan kuasa kekal di tangan
pemerintah orang Melayu.
SH/3 Ogos 2015
0 comments:
Post a Comment