
Menurutnya
terdapat bukti yang menunjukkan ada individu lain yang mempunyai motif untuk
membunuh Sosilawati. "Orang
tidak dikenali yang profil DNAnya ditemui pada kayu pemukul kriket, puntung
rokok dan kesan darah serta bukti cap jari individu tidak dikenali yang diambil
dari bilik semua barang kes ditemui menjurus kepada kesimpulan bahawa
pembunuhan dilakukan oleh individu-individu lain," kata Amer Hamzah.
Beliau berkata, tiada bukti DNA mana-mana tertuduh pada kepingan zink yang
dijumpai di Sungai Kelanang, selain tiada bukti menunjukkan kepingan zink itu
datangnya dari ladang itu.
Bekas peguam
N. Pathmanabhan, 45, dan pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 23, Matan, 24 dan
R.Kathavarayan, 35, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah
Alam yang mensabitkan dan menjatuhi hukuman mati ke atas mereka kerana membunuh
Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul
Karim, 32, dan pemandu Sosilawati Kamaruddin Shamsuddin, 44. Mereka
dituduh melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung
Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Amer Hamzah
juga berhujah bahawa tiada bukti menunjukkan keempat-empat
tertuduh berada di ladang pada hari pembunuhan dikatakan dilakukan. Beliau
berkata, keterangan seorang pembantu ladang itu Siti Hamidah Karnax yang nampak
kayu balak dibawa ke ladang pada hari sebelum kejadian dikatakan berlaku dan
bahawa Thilaiyalagan, Matan, Kathavarayan dan U. Suresh dilihat memunggah kayu
balak dan meletakkannya berhampiran kandang lembu, adalah meragukan dan tidak
membuktikan apa-apa yang mencurigakan memandangkan ada orang lain bekerja di
ladang itu. "Tiada
bukti Matan merancang sesuatu dengan mana-mana tertuduh lain sama ada
pada 29 Ogos 2010 atau pada 30 Ogos 2010," katanya dan menambah kata anak
guamnya harus dibebaskan.
Beliau juga
berhujah bahawa andaian keempat-empat individu itu dibunuh dan kemudian dibakar
di ladang itu tidak dapat diterima kerana kesan hidrokarbon tidak ditemui oleh
anjing pengesan Jabatan Bomba di tapak yang disyaki di ladang itu. "Kebakaran
tidak akan berlaku tanpa kesan pembakaran atau pemesatan," katanya.
Pathmanabhan
diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon, Thilaiyalagan diwakili peguam Gurbachan
Singh dan Hisyam Teh Poh Teik manakala Kathavarayan diwakili peguam
M.Stanislaus Vethanayagam. Pasukan
pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff. Perbicaraan
bersambung esok. - Bernama
0 comments:
Post a Comment