
HULU TERENGGANU - Tindakan meminta
bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan
Timbalan Presiden Umno adalah kurang bijak dan wajar ditentang, kata Naib Ketua
Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun. Beliau berkata, gesaan seperti itu
selepas Muhyiddin digugurkan daripada Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak, hanya akan menggugat ukhuwah pucuk pimpinan dan institusi
parti Umno.
"Ada
suara anasir-anasir (pemimpin) dengan secara terbuka mendesak Muhyiddin supaya
melepaskan jawatan timbalan presiden. Sebenarnya ini bukan soal Kabinet."Dalam
soal institusi parti, Pemuda sebagai hulubalang parti akan pertahankan budaya
menghormati pemimpin dan tidak mahu meninggalkan contoh tidak baik untuk
generasi akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan
mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Hulu Terengganu di sini, hari ini.
Hadir
sama Ketua Pemuda Umno Terengganu, Johari Abu Bakar, yang juga Ketua Pemuda
bahagian itu.Khairul
Azwan berkata, dalam soal rombakan Kabinet, ia merupakan hak perdana menteri
melantik sesiapa sahaja walaupun bukan dalam kalangan pemimpin tertinggi dalam
parti."Suara-suara
yang menyuruh timbalan atau naib presiden meletakkan jawatan adalah dalam
kalangan pemimpin Umno dan ia wajar dan wajib ditentang sebab kalau anasir ini
datang dari luaran parti, itu lumrah tapi ini dalaman pula," katanya.
Katanya
sebagai ahli Umno semua pihak seharusnya menghormati pucuk pimpinan tertinggi
dengan tidak mengira individu."Pemuda
menghormati perdana menteri yang merupakan presiden parti dan Pemuda juga
menghormati timbalan presiden parti dan kesemua pucuk pimpinan...Pemuda tidak
menyebelahi mana-mana pihak," katanya.
Sebelum
ini, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos menasihatkan Muhyiddin
supaya berehat daripada dunia politik dan meletak jawatan timbalan presiden
parti.Menurutnya,
mana-mana pemimpin yang tidak sehaluan dengan presiden parti perlu berundur
untuk tidak menjejaskan sokongan ahli lain dan rakyat terhadap Umno.
Dalam
rombakan Kabinet 28 Julai lepas, Muhyiddin dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri
Mohd Shafie Afdal, selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, merupakan
antara yang digugurkan daripada senarai tersebut. – Bernama
0 comments:
Post a Comment