
Menyifatkan
rintihan akar umbi tidak akan didengari sekiranya bercakap lembut kepada
presiden Umno itu, Anina mempersoalkan nasihat Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek agar menegur dengan cara yang lebih santun. "Saya bercakap dalam platform Umno,
mesyuarat tertutup. Mesyuarat perwakilan Wanita Umno Bahagian."Maknanya
perwakilan, platform yang betul. Sebagai ahli Umno saya rasa itulah platform
terbaik untuk saya luahkan rasa hati saya kepada presiden. "Bukan saya
angkat banner bersorak di Sogo," kata Anina ketika dihubungi The Malaysian
Insider semalam merujuk kepada kompleks membeli belah di Kuala Lumpur yang
popular sebagai lokasi diadakan demonstrasi.
Hujung minggu
lalu sebuah video yang mengkritik keras Najib dengan mendakwa pemimpin
tertinggi parti itu "kencing" atau menipu rakyat menjadi viral di
media sosial. Dengan nada
tinggi dan berbaur sindiran, Anina lantang menyuarakan pendapatnya disebuah
persidangan perwakilan Wanita Umno. “Datuk Seri
presiden dah kencing 3 juta ahli Umno. Dia kata 3 juta ahli Umno sokong penuh
kepimpinan beliau.“Saya minta
Majlis Tertinggi Umno bawa Datuk Seri Najib 'pi' (pergi) berubat,” katanya
dalam dialek utara.
Anina
mempersoalkan Shabery yang juga menteri pertanian dan industri asas tani, jika
Muhyiddin menggunakan bahasa cukup baik dalam membuat teguran tidak didengari,
apa dimaksudkan dengan teguran berhemah. "Macam mana
lagi saya hendak cakap? Hendak cakap macam mana?"Tolonglah
susun ayat untuk saya," soal Anina yang merupakan pemimpin Umno Cawangan
Padang Mat Sirat.
Anina menjawab
nasihat Shabery sebelum ini yang mengatakan beliau perlu menegur pemimpin
seperti ibu bapa sendiri. Namun Anina
menegaskan tiada guna bercakap baik dengan presiden kerana ia hanya akan
menjadi luahan kosong. Aina turut
menegaskan kelantangan dirinya dalam video tersebut adalah kerana sayangkan
Umno dan mahu menjaga kepentingan dan nama baik parti Melayu itu. "Saya
bercakap supaya saya didengari, saya hendak didengari, macam mana saya hendak
didengari? "Kalau saya
cakap lemah lembut ingat saya hendak didengari? Bercakap macam ini baru menteri
hendak komen. Kalau saya cakap baik-baik menteri nak komen?" katanya.
Semalam, Shabery menasihatkan Anina agar lebih
bersopan santun dalam memberikan teguran. TMI/12 Ogos, 2015.
0 comments:
Post a Comment