Sponsor

Sunday, August 2, 2015

[Bergambar] MH 370 – Apa Kata Waris Yang Kehilangan Orang Tersayang Bila Tahu Ada Objek Baru Di temui Di Pantai Reunion..?

Bagi keluarga 239 orang tersayang yang hilang bersama pesawat MAS - MH 370 pada Mac 2014 lalu pasti dilalui dengan perasaan yang terluka. Kepiluan dan kesedihan ini terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Meskipun bayangan peristiwa itu sekali sekala muncul dibenak fikiran namun demi meneruskan sisa-sisa kehidupan, ianya terpaksa juga di pendamkan.

Bagaimana pun kesedihan itu kembali muncul bila diberitakan penemuan satu objek menyerupai serpihan pesawat MAS MH 370 yang hilang di lautan Hindia pada Rabu /29 Julai 2015 ditemui terdampar di Pantai Pulau Reunion. Serpihan itu merupakan potongan sayap yang terdapat pada bahagaian badan pesawat yang disyaki milik MH 370 yang hilang.
Berita ini telah mendatangkan kejutan baru bagi waris mangsa yang selama ini diliputi pengharapan, kemarahan, kekecewaan, putus asa dan ketidakpastian. Memetik kata-kata Sarah Bajc, [Wanita Amerika yang kehilangan pasangannya iaitu Philip Wood yang turut terkorban].. ‘Hari-hari saya selalu diliputi perasaan takut dan was-was’. Tapi Sarah Bajc dan anggota keluarga lainnya menyatakan kepada CNN bahawa mereka akan tergesa-gesa menyimpulkan bahawa penemuan serpihan itu adalah dari bahagian pesawat yang hilang.

Seorang warga China, Steve Wang yang kehilangan ibunya bersama pesawat tersebut turut memberikan pendapat yang sama. Katanya ‘Mungkin saja puing-puing dari MH 370, tapi saya lebih suka tunggu keputusan rasmi. Tambahnya ‘Kami punya begitu banyak berita palsu tentang pesawat yang hilang itu’..
Sehingga kini belum ada satu penemuan yang mengesahkan kedudukan MH 370 yang sebenar. Hal ini membuatkan banyak anggota keluarga yang terkorban memiliki harapan bahawa orang yang mereka cintai masih hidup. Bagaimanapun jika terbukti penemuan puing itu milik MH 370 bermakna mereka perlu menerima hakikat bahawa keluarga yang hilang itu pasti tidak akan kembali lagi. Kata Sarah Bajc ‘Jika pada akhirnya itu adalah bahagian sayap MH 370, maka harapan saya selama ini untuk melihat Philip Wood kembali harus digantikan dengan kenyataan didepan mata’.. sambil melinangkan airmata..

Turut sama berkongsi kesedihan, Jacquita Gonzales iaitu isteri kepada Patrick Gomes, seorang pengawas penerbangan melahirkan pesrasaan yang serupa.. ‘Saya merasa hancur. Jika itu yang disahkan dari MH 370, maka harapan saya akan berakhir. Tapi saya berharap itu bukan sebahagian dari MH 370 yang hilang kerana yakin Patrick masih hidup’.. katanya kepada CNN.
Sementara itu, KS Narendran, seorang lelaki India yang kehilangan isterinya, Chandrika Sharma turut berkata, ‘Jika penemuan itu merupakan puing dari MH 370 jesteru akan menimbulkan banyak persoalan. "Di mana pesawatnya ? Di mana penumpangnya ? Dan apa yang sebenarnya terjadi ? Mengapa itu terjadi ? Siapa yang bertanggung jawab ?”..

Narendran mengatakan Sharma dalam perjalanan ke Mongolia untuk menghadiri sebuah konferensi PBB. Sharma seharusnya sudah kembali ke rumah pada 15 Mac.. ‘Hidup saya menjadi kacau selama berbulan-bulan sejak kehilangan Sharma’.. kata Narendran yang tidak terlalu yakin jika puing yang ditemukan di Pulau Reunion adalah sebahagian dari MH370. Menurutnya, tempat itu terlalu jauh dari tempat jatuhnya pesawat yang diyakini berada di pantai Australia Barat... 


Pelbagai Sumber/Dream.com

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/