
Dalam kenyataannya Datuk seri Najib
berkata, hari ini pakar-pakar yang berkumpul di Toulouse, Perancis telah
mengesahkan serpihan pesawat dijumpai di Pulau Reunion sememangnya daripada MH
370. “Kami sekarang mempunyai bukti fizikal seperti yang saya umumkan pada 24
Mac tahun lepas, MH 370 berakhir dengan tragik di Selatan Lautan Hindi,” ucap
PM Datuk Seri Najib menerusi TV3 jam 1.45 pagi.
Waris mangsa meminta pencarian
pesawat dan penumpang diteruskan. Jackqita Gomes, isteri kepada seorang petugas
kabin, Patrick Gomes yang dipetik dari BBC pada Khamis (6/8/2015) menyatakan , “Sekarang mereka
menetapkan benda itu berasal dari MH370, saya tahu suami saya tidak ada di
dunia ini lagi, tetapi mereka tidak terlalu bergantung kepada satu flaperon,”..
“Kami meminta mereka melanjutkan pencarian sehingga pesawat ditemukan dan
dipulangkan. Ini belum selesai”.
Seorang lagi waris mangsa, Lim Khim
Fatt menyatakan penemuan puing belum membuktikan apa-apa pun.”Satu flaperon
tidak bererti seluruh pesawat sudah ditemukan. Harus ada puing-puing lain yang
perlu dicari”.
Wartawan BBC, Theo Leggett
menyatakan, kenyataan yang dikeluarkan oleh PM Datuk Seri Najib itu
bagaimanapun tidak banyak membantu mengungkap misteri yang terjadi kepada
pesawat MH 370. Yang sudah pasti, pasukan pencari dan penyelamat yakin pesawat
terbang jauh menyimpang dari landasan sebenar yang seharusnya dilalui dalam
rute Kuala Lumpur ke Beijing dan pesawat dipercayai terhempas di Lautan India.
Namun apa yang belum diketahui dan
masih menjadi misteri adalah mengapa pesawat itu mengubah haluan ? Mengapa
gagal berkomunikasi dengan menara kawalan ? Mengapa transponder radarnya
dimatikan ? Persoalan ini sebagaimana yang dinyatakan Theo Leggett, akan
terjawab apabila ditemukan dengan Kotak hitam.
Sehingga kini pesawat dengan 239
orang termasuk warga Indonesia, Malaysia dan China tidak diketahui kedudukannya
sejak hilang dari radar 8 Mac 2014 dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju Beijing. Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Najib memberi jaminan bahawa Kerajaan Malaysia akan
berbuat apa saja didalam kemampuannya untuk mencari kebenaran tentang apa yang
berlaku..
Pelbagai sumber/ BBC
0 comments:
Post a Comment