TINDAKAN beberapa
pelayar laman sosial yang menghina jururawat dan menuduh mereka suka melihat
kemaluan pesakit lelaki mendapat perhatian seorang jururawat wanita yang
bertindak membalas kembali kritikan tersebut menerusi satu perkongsian.
"Assalamualaikum
Tuan Cham Cham yang dihormati. Semoga saya dan kawan-kawan nurse (jururawat)
yang lain diampuni segala dosa dan pekerjaan kami diterima dan diredai ALLAH
taala," kata Putry Al Wafa di laman sosial Facebooknya, semalam.
Putry
bertindak membalas kenyataan pemilik akaun Tuan Cham Cham memuat naik status
yang menuduh jururawat wanita 'suka melihat kemaluan pesakit lelaki'. "Untuk
pengetahuan tuan, kami sebagai nurse wanita langsung tak hadap nak tengok
kemaluan lelaki melainkan itu adalah sebahagian dari tugas kami.
"Bab-bab
tugas yang lain saya tak mau cerita panjang, memandangkan tuan hanya berkata
kami 'sebok nak tengok kemaluan pesakit lelaki sahaja'," tambahnya. "Sekali
lagi, saya harap Tuan faham apa yang saya nak sampaikan dan terima kasih kerana
menghina," akhiri Putry dalam perkongsian tersebut.
Pada
bahagian komen, Putry sekali lagi menegaskan pendirian beliau.
"Saya
bukan mencari glamour apatah lagi publisiti murahan macam ni. Saya cuma fight
for the right. Pertahankan profesion saya sebagai jururawat. "Sesiapa
yang bekerja seperti saya, akan faham apa yang nak saya sampaikan. Tak perlu
hina kami dengan kata-kata yang boleh menjatuhkan maruah kami yang juga seorang
wanita," tegasnya.
Majoriti
pelayar yang dipercayai jururawat juga memberikan sokongan dan menghentam
kritikan Tuan Cham Cham tersebut. "Kenapalah
prasangka negatif. Tuan Cham Cham ni.. Tugas kami merawat dan membantu..
Masya-ALLAH jangan sangka kami bukan-bukan. Tiada apa yang kami harapkan dan
sangat-sangat gembira melihat pesakit kami datang dengan sakit dan pulang
dengan sihat...," kata Mma Aini Ahmad .
"Adik
aku, sepupu aku pun kerja jururawat. Hormatilah kerja orang. Tukang sapu sampah
pun ada maruah. Inikan pula jururawat. Dunia ni bulat. Jangan bangga sangat apa
yang kita ada. Tak kekal mana pun," kata Kenji Faizal.
"Biadapnya
laki tu... Harap nanti dia sedar la kebodohan dia tu boleh makan diri
dia," kata Fiena Annie.
SH/17
Ogos 2015
0 comments:
Post a Comment