Parti
politik yang akan ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) akan lebih cepat
terkubur berbanding parti serpihan PAS lain seperti Barisan Jemaah Islamiah
SeMalaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) yang pernah
ditubuhkan pada sekitar 1980-an, kata penganalisis politik.
Prof
Datuk Dr Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya berkata, Berjasa dan Hamim
mendapat sokongan dari parti pemerintah, sebaliknya GHB berada dalam kondisi
yang lebih lemah dari 2 parti itu. "Pada
masa itu, Berjasa dan Hamim ternyata kukuh kerana mendapat sokongan parti yang
memerintah, tetapi itu juga berkubur. "GHB
ini juga parti serpihan kalau terjadi, tetapi tidak berada dalam kondisi yang
sama seperti Berjasa dan Hamim. "Jadi,
dari sudut strukturnya GHB lebih lemah daripada itu," katanya pada Wacana
Kemerdekaan "Survival Politik Melayu/Islam Dalam Politik Malaysia"
yang diadakan di Shah Alam hari ini.
Mohamad
yang merupakan salah seorang panelis wacana itu berkata, pemimpin GHB terdiri
daripada mereka yang kecewa dengan PAS pada masa ini dan berasa selesa untuk
terus mengadakan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR).Katanya,
berdasarkan barisan kepimpinan GHB hari ini, parti politik yang bakal
ditubuhkan kelak tidak akan mampu bertahan lama kerana dibarisi pemimpin
veteran."80%
kepimpinan GHB berumur 60 tahun ke atas. Ada 64, ada 68. Maknanya menjelang
pilihan raya 2018, mereka mencecah 70. Tidak ada pelapis-pelapis yang terkenal. "Tambahan
pula, di kalangan mereka tidak ada ikon yang boleh dijadikan perangsang dan
teras. "Melihat
keadaan ini, rumusan saya GHB berjaya hanya sementara. GHB akan popular tetapi
sementara," katanya.
Mengulas
beberapa kes di mana orang Melayu dilihat makin berminat menganggotai DAP,
beliau berkata, terdapat 4 faktor yang menjadi penyebab mereka menyertai parti
sekular itu. Katanya,
penyertaan orang Melayu ke dalam DAP tidak boleh dikategorikan sebagai satu
fenomena kerana ia masih berada dalam kuantiti yang kecil. "Perkataan
fenomena tidak tepat sebab jumlah yang menyertai DAP amat kecil, cuma
digembar-gemburkan. Untuk menjadi fenomena, ia seharusnya mengarusi keadaan,"
katanya.
Beliau
berkata, kemungkinan pertama ialah, orang Melayu ini berasa teruja dengan DAP
yang kononnya memaparkan budaya pelbagai kaum dan bahasa."Ini
berlaku di kalangan generasi baru yang merasakan mereka ini tidak seharusnya
perkauman. Jumlahnya ada, tetapi kecil.
"Kedua,
mereka yang merasakan untuk menyelamatkan Melayu, mereka perlu berada dalam
kapal lain, iaitu bergandingan dengan pihak lain," katanya.
Mohamad
berkata faktor ketiga ialah, mereka mungkin menyertai DAP dengan niat untuk
meninggalkan parti itu.Beliau
berpendapat, perkara itu dilakukan bertujuan mengetahui dan mendapat rahsia
dari dalam parti itu untuk dibawa keluar kemudiannya.
"Keempat,
ada tawaran, habuan dan peruntukan. Barangkali mereka ini teruja dengan habuan
politik dan material yang dibekalkan DAP. Walaupun ada 4 faktor namun ia belum
fenomena lagi," katanya. TMI/22 Ogos, 2015.
0 comments:
Post a Comment