Sponsor

Friday, August 14, 2015

Tuah Bayu Kumbara,.. ‘Kalau Jodoh Tidak Kemana’ ..!

Siapa sangka..? Dengan wajahnya yang dipandang lucu oleh sebahagian warga media maya, dia mampu menikahi wanita cantik berbangsa Inggeris. Malah dia sendiri pun mungkin tidak menyangka yang kisah pernikahan nya menjadi sebutan ramai di media maya ini.

Bayu Kumbara. Seorang lelaki berasal dari Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Berkelulusan dalam bidang Antropologi, Universiti Andalas, Padang. Melalui facebooknya, Bayu Kumbara bertugas di Lembaga Perlindungan Anak Sumatera Barat atau ‘RUANDU’ Foundation. RUANDU merupakan sebuah Lembaga Masyarakat yang didirikan oleh aktivis-aktivis perlindungan anak-anak di Sumatera Barat dan bergerak untuk memenuhi keperluan serta perlindungan kepada kanak-kanak tanpa diskriminasi.
Pepatah Melayu ada berkata, ‘Asam Digunung, Garam Dilaut. Dalam Kuali Bertemu Juga’. Inilah yang terjadi kepada Bayu Kumbara. Cinta hati yang diidamkan, Jennifer Brocklehurst berasal dari Bridgewarter, Britain. Pertemuan mereka bermula setelah Jennifer melakukan kunjungan ke Sumatera dalam bulan Januari. Kebetulan Bayu Kumbara yang bertugas sebagai aktivis dan pertemuan mereka telah menjalinkan satu ikatan cinta yang mendalam. Kerana itulah Bayu dan Jennifer berhasrat untuk mendirikan mahligai bahagia bersama.
Perkahwinan Bayu Kumbara dan Jennifer Brocklehurst mencuri banyak perhatian dunia maya. Pertamanya mungkin disebabkan dua peradaban yang berbeza kerana Jennifer sendiri berbangsa Inggeris sementara Bayu dari tanah Sumatera. Tapi yang lebih menarik adalah perjuangan mereka sendiri untuk mendapatkan pembiayaan bagi merealisasikan perkahwinan mereka.
Jennifer dan Bayu tidak berputus asa. Melalui laman sosial tilt.com, Jennifer telah menulis tentang cinta mereka dan merayu bantuan daripada rakan2 bagi membantu pernikahan mereka. Dana yang diperlukan Jennifer ialah untuk membiayai perjalanan kedua ibubapanya dari Britain ke Indonesia.

Dalam surat yang ditulis Jennifer berjudul : ‘Tolong Bantu Kami Untuk Menikah’..

Hello,
Kami Bayu dan Jen.  Kami bertemu di Sumatera pada Januari lalu ketika Jen tengah melakukan perjalanan menyusuri Asia Tenggara. Di situ kami jatuh cinta.
Jen sekarang tinggal di Indonesia dan kami telah bekerja dengan keras untuk mengumpulkan cukup wang agar bisa menikah. Tapi, upah lokal di sini tidak bisa mencukupi itu.
Kami tidak ingin meminta kepada keluarga Jen karena mereka juga telah dibebankan biaya untuk pergi ke Indonesia menghadiri pernikahan kami.
Kami ingin bisa mengadakan pernikahan yang patut dikenang dan dibanggakan oleh keluarga kami. Jika Anda bisa membantu menyisihkan sebagian uwang kalian, ini akan sangat bererti bagi kami.
Terima kasih.

Bayu dan Jen

Akhirnya mereka berjaya. Sumbangan sebanyak 1,000 poundsterling berjaya dikumpul. Dengan dana yang diperolehi itu mereka akhirnya merealisasikan pernikahan dengan adat Sumatera pada 8 Ogos 2015.

Semoga sejahtera perkahwinan Bayu Kumbara dan Jennifer Brocklehurst.

Ditulis semula dari pelbagai sumber/Dream.com

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/