Sponsor

Wednesday, August 5, 2015

Marilyn Monroe, Apakah Benar ‘Cinta Terlarang’ Punca Kematian nya..?

5 Ogos 1962. Dunia dikejutkan dengan kematian bintang terkenal Amerika Syarikat, Marilyn Monroe. Mayatnya ditemukan disebuah rumah dikawasan elite di Los Angeles tanpa sehelai benang pun melekat dibadan nya.?.
Ketika di periksa dan hasil siasatan pihak berkuasa Los Angelas (LAPD), kematian Marilyn Monroe sambil memegang telefon dan lebih mengejutkan terdapat sebuah botol yang berisi pil-pil penenang. Kesimpulan awal pihak berkuasa Los Angeles, Kematian Marilyn Monroe adalah disebabkan penggunaan berlebihan pil-pil tersebut sekali gus mengagambarkan kematian nya ada kaitan tindakan membunuh diri.
Kenyataan rasmi LAPD seperti dipetik dari History, Rabu (5/8/2015).
“Kematiannya dari hasil investigasi kami kerana penggunaan ubat terlarang secara berlebihan dan ini kemungkinan besar adalah tindakan membunuh diri”.
Marilyn Monroe dilahirkan pada 1 Jun 1926 di Los Angeles. Nama kelahiran nya Norma Jean Mortenson. Dikenali sebagai Marilyn Monroe setelah penglibatannya dalam dunia perfileman. Dunia lakunannya bermula sekitar 1950 melalui filem pertamanya ‘The Asphalt Jungle and All About Eve’. Meskipun diberikan peranan kecil dalam filem ini namun selepas itu namanya semakin memuncak.
Antara filem-filem box office lain yang dibintangi Marilyn Monroe adalah seperti Gentlemen Prefer Blondes (1953), How to Marry a Millionaire (1953), dan There’s No Business Like Show Business (1954) dan The Seven-Year Itch (1955).
Ini merupakan bukti kehebatan Marilyn Monroe dalam dunia perfileman. Namun disebalik kehebatan itu, Marilyn Monroe juga terkenal sebagai simbol seks Amerika Syarikat era 50 an. Dengan sebab itu, ada sebahagian pihak berpendapat , Marilyn Monroe menghidapi penyakit yang berat sehingga membawa kematian nya.
Bagaimana pun terdapat teori lain yang mengaitkan kematian Marilyn Monroe ini. Antaranya teori konspirasi yang mengaitkan kematian Marilyn Monroe disebabkan ‘Cinta Terlarang’ dengan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, John F Kennedy. Namun teori ini tidak juga dapat dibuktikan sehingga kini..
Dari Pelbagai sumber. Rujuk lain sumber untuk ketepatan maklumat.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/