Sponsor

Sunday, August 9, 2015

‘Kerana Budi Hamba Terkorban’,... Lagu Penuh Sindiran Dari Mukhriz Untuk Siapa..?


Cabang seni sekali lagi menjadi pilihan pemimpin Umno menyampaikan mesej kepada orang ramai secara berlapik.Selepas Umno Parit Sulong memainkan klip video Gus Mus bersajak semalam, hari ini Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula menyanyi ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Subang.Memilih lagu Tan Sri S M Salim, Menteri Besar Kedah itu mendapat tepukan dan siulan daripada perwakilan.

Lagu dinyanyikan Mukhriz berjudul Tak Seindah Wajah.  

Kusangka aur di pinggir tebing
kiranya tebu di pinggir bibir
kusangka jujur pancaran batin
rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
suci seindah wajah terbayang
kukira puji seikhlas budi
kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
kail berduri bersalut umpan
di manis kata insan terlena
kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakunan hidup
di pentas dunia insan berpura
tipu dan daya pencapai maksud
budi dan harta merangkum noda

Apabila tiba di baris "Kulupa lidah tidak bertulang" beliau berhenti seketika kerana orang ramai memberikan tepukan lebih gemuruh.Beliau kemudian menamatkan ucapan dan merasmikan persidangan itu sejurus selepas menghabiskan lagu berkenaan.

Dalam keadaan biasa, tidakan Mukhriz itu boleh dianggap biasa, namun berdasarkan perkembangan yang berlaku ketika ini, ia sangat menarik perhatian.Selain faktor bapa beliau menjadi pengkritik tegar kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, Mukhriz sendiri adalah salah seorang tokoh Umno yang hadir ke rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari timbalan perdana menteri itu digugurkan daripada jawatannya.Mukhriz juga ada bersama Muhyiddin ketika Timbalan Presiden Umno itu mendedahkan perbualan beliau dengan Najib berhubung dana dalam akaun persendirian perdana menteri.
MK/9 Ogos 2015

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/