Sponsor

Sunday, August 2, 2015

Saranan Menteri Di JPM, Datuk Seri Azalina Agar Lembaga Penapisan Filem (LPF) Tidak Berfikiran Sempit Di Kritik Ustaz Kazim Alias...


Ustaz Mohd Kazim Elias al-Hafiz
SHAH ALAM - Penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkenaan saranan Azlina terhadap Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem.
Datuk Mohd Kazim atau lebih dikenali sebagai ustaz Kazim berkata, saranan itu adalah saranan 'songsang' kerana sebagai makhluk ALLAH kita disarankan mencegah kemungkaran walaupun dalam lakonan.


"Lama sungguh saya mendiamkan diri di dalam arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi info.. Tapi rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada orang yang mengatakan kalau setakat berpegang-pegang atau adegan-adegan tertentu antara bukan mahram dalam drama dan filem tak payahlah diperbesarkan, disuruhnya pulak berfikiran terbuka jangan disempitkan.
"Astaghfirullah.. Sepatutnya usaha untuk menambah baik dan patuh pada perintah ALLAH wajib disokong, untuk akak yang bercakap demikian, bawak-bawaklah insaf, hidup didunia tidak lama, kuasa menteri pun apa sangat. Kita ini makhluk ALLAH, hamba ALLAH, kalau kita tidak mampu jadi baik tapi janganlah halang orang lain nak jadi baik…Yang haram tetap haram walau sekadar lakonan,"
 
tulisnya dilaman Facebook rasminya semalam.

Azalina dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, isu adegan pasangan bercinta berpegangan tangan, berpelukan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang ke arah maksiat terhadap penonton."Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di kaca televisyen hanyalah lakonan. Kalau nak cakap babak-babak itu boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen kerana di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat.
"Kita tidak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?" kata Azalina yang mengulas garis panduan penerbitan drama dan filem yang dikeluarkan oleh LPF baru-baru ini.-SH/2 Ogos 2015

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/