Sponsor

Saturday, August 8, 2015

Bela SPRM, Khairy Tak Mahu Jadi ‘Yes Man’ Kepada Perdana Menteri...?

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak risau bakal digugurkan jawatan seperti mana berlaku kepada bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan daripada semalam yang mahu polis menghentikan intimidasi terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menteri belia dan sukan itu berkata, beliau berpegang dengan pendiriannya dengan menyatakan institusi itu perlu dilindungi dan bebas untuk bercakap tanpa rasa takut dan gentar.
"Saya tidak risau sebab saya percaya kita mesti berpegang teguh dengan pendirian kita iaitu melindungi institusi dan bercakap tanpa rasa takut dan gentar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Umno Perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri di Klang Selangor sebentar tadi. Mengukuhkan lagi pendiriannya, beliau berkata kenyataannya mempertahankan SPRM itu selari dengan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak mahu adanya "yes man" di kalangan pemimpin.
"Tadi perdana menteri sendiri kata dalam ucapannya tidak mahu 'yes man' di sekelilingnya bermaksud beliau (perdana menteri hargai sesiapa yang membawa pendapat berbeza.
"Jadi ini yang saya sedang lakukan, saya cuba untuk yakinkan (beliau) ini adalah pendirian peribadi saya berkenaan isu tersebut dan ini yang saya percaya.
"Isu ini menyebabkan kerisauan bukan sahaja kepada anggota SPRM tetapi ramai pegawai perkhidmatan awam mjuga menyatakan kerisauan dengan persepsi anggota awam diganggu tugas," katanya. –
TMI/8 Ogos, 2015.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/