"KEPADA semua
pihak yang menentang pemerintahan Perdana Menteri, mereka berada di bawah tapak
kaki saya," demikian kata Azwan Ali yang mahu dikenali dengan panggilan
'Diva AA' dalam temuramah eksklusif bersama Media Hiburan, hari ini.
Menurut
Azwan, hak untuk menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak adalah hak mutlak beliau
yang dijamin di bawah perlembagaan.
"Kerana
Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen," kata beliau kepada
Media Hiburan.
"Beberapa
tahun lalu, saya hampir membenci Perdana Menteri kerana termakan dengan segala
fitnah dan bidaah, tetapi saya bersyukur, saya kembali berpihak kepada kerajaan
selagi Datuk Seri Najib tidak dijatuhkan apa-apa hukuman atas apa-apa
pertuduhan di mana-mana mahkamah dalam Malaysia, mahupun di luar negara,"
tambahnya lagi.
Sebelum itu,
wartawan Media Hiburan menghubungi Azwan untuk mendapatkan kepastian mengenai
laporan polis yang dibuat diva tersebut terhadap seorang pengguna Instagram.
Difahamkan,
Azwan membuat laporan di Balai Polis Hulu Kelang selepas diugut di laman Instagram
beliau @divaazwanavazz pada malam 17 Ogos 2015. "Pada
saya, tindakan suspek yang mengugut saya itu adalah biadap! "Saya
salute kepada PDRM kerana mengambil kes ini sebagai serius dan terjumlah di
bawah kesalahan Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman
dua tahun penjara atau lebih," kata Azwan.
Azwan juga
menasihatkan supaya pengguna Instagram tersebut dan pelayar lain yang bersikap
anti Perdana Menteri supaya bermuhasabah diri sebelum meringkuk ke dalam
penjara. "Saya
mendapat sokongan besar daripada sebahagian penyokong saya yang kini melebihi
95,000 orang dan saya siap menyeru agar semua berdoa, supaya kes ini sangkut
sebagai pengajaran kepada semua.
"Saya
juga kesal apabila perspektif saya ke atas Datuk Seri Najib dilaga-lagakan
dengan perspektif oleh Menteri Besar Selangor kerana dalam soal politik, tiada
ruang berkompromi tentang apa yang benar. Saya pertahankan dan menyokong Datuk
Seri Najib bukan kerana menghadap mana-mana habuan daripada kerajaan. "Azwan Ali
hanya takut kepada ALLAH SWT, dan tidak perlu mengugut saya walaupun anda anti
Perdana Menteri," katanya menutup sesi perbualan.- Sinar Harian/19
Ogos 2015
0 comments:
Post a Comment