Sponsor

Saturday, August 1, 2015

Amin... 'Doa' TS Muhyiddin Supaya DS Najib Di Beri Taufik Dan Hidayah...?


Muhyiddin doa Najib diberi hidayah
MUAR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendoakan agar Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan taufik dan hidayah oleh ALLAH  supaya dapat mentadbir negara dengan cara yang betul.
Menurutnya, ia untuk kesejahteraan dan keselamatan negara supaya sentiasa berada dalam perlindungan rahmat ALLAH serta dijauhkan daripada sebarang malapetaka serta rakyat boleh hidup dalam keadaan selamat.“Kita berdoa supaya ALLAH buka pinta hati pemimpin kita (Najib) diberikan sebanyak-banyak taufik dan hidayah, kekuatan supaya beliau tahu apa hendak dibuat dan betulkan mana yang salah.
“Saya mendoakan beliau  (Najib), luar biasakan apabila timbalan presiden Umno mendoakan presiden. Tetapi tidak mengapa sebab ini memang niat saya,” katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Panchor dekat Pagoh, semalam.Turut hadir, isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abd Rahman; Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed; Adun Jorak, Datuk Dr Shahruddin Mohd Salleh; Ketua Wanita Umno Bahagian Pagoh, Senator Datuk Noriah Mahat dan Ketua Puteri Umno Bahagian Pagoh, Rohaizah Ahmad.“Saya tidak berasa kecewa  dengan pengguguran daripada senarai jemaah Kabinet yang baharu, malah akur dan tidak pernah menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan dibuat Perdana Menteri.“Cuma tidak bersetuju tentang isu 1MDB dan perbezaan pendapat itu mungkin perdana menteri merasakan saya tidak sesuai bersama beliau, seolah-olah tidak akur apa yang beliau putuskan,” katanya. 
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, tindakan beliau kerana berpegang kepada prinsip dirinya sebagai pemimpin perlu melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan betul, tidak boleh pecah amanah dan buat sesuatu perkara secara semberono.“Setiap yang dilakukan itu perlu berpandukan kepada undang-undang, dasar dan hukum ALLAH sebagai orang Islam.  Apa yang ALLAH kata betul, maka kita buat dan tinggalkan perkara yang salah.“Apa yang ada dalam dada saya ialah apa yang diajar dan dibimbing oleh arwah bapa  saya, guru-guru agama dan sehingga ke hari ini,  saya masih belajar dan diajar untuk melaksanakan amanah berpandukan kepada agama Islam,” katanya.
Menurutnya, beliau turut  syukur dan istiqamah dalam menerima apa segala apa yang berlaku ke atas diri dan keluarganya sepertimana yang berlaku ketika ini. "Cabaran itu menjadi hikmah yang paling besar kepada saya kerana mempunyai banyak peluang untuk menghabiskan masa bersama keluarga," katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan tidak akan melakukan pecah amanah dan kekal meneruskan perjuangan parti kerana kedudukan sebagai Timbalan Presiden Umno, beliau berhak untuk turun ke mana-mana bahagian.“Saya tidak fikir ketua bahagian akan tutup pintu untuk menerima kehadiran saya merasmikan mesyuarat bahagian,” katanya.

1 Ogos 2015- Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/