
Menurut
Dailymail, tujuh orang awam terkorban selepas jet pejuang klasik Hawker Hunter
terhempas ke lebuhraya A27 yang menghala ke sebuah lapangan terbang. Juruterbang
pesawat tersebut, Andy Hill bagaimanapun terselamat dan kini berada dalam
keadaan kritikal.
Kejadian jam
1.30 petang waktu tempatan itu juga mencederakan 14 yang lain. Beberapa
rakaman amatur yang telah dimuatnaik ke laman sosial hari ini menunjukkan
pesawat tersebut terbang rendah, terhempas dan mencipta bebola api yang besar. Difahamkan,
Hill yang berumur 50-an juga merupakan juruterbang kepada British Airways dan
sudah melepasi 12,000 jam penerbangan.
Jet pejuang
tersebut digunakan oleh tentera udara pada 1955 juga mengakibatkan sebuah
kereta limosin pengantin, Daimler yang sedang dalam perjalanan mengambil
pengantin lelaki dan pengantin wanita. Beberapa
saksi mengatakan jet tersebut sedang melakukan sebuah aksi dan gagal
menyempurnakan aksi tersebut sebelum berlanggar.
Pihak
berkuasa masih menyiasat punca kemalangan tersebut.-SH/23 Ogos 2015
0 comments:
Post a Comment