
Dilaporkan,
Umno Semporna membatalkan undangan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk
merasmikan mesyuarat agung tahunannya yang dijadual pada 15 Ogos ini dan
menggantikannya dengan Muhyiddin.
Keputusan
itu dikatakan dibuat atas desakan ahli di peringkat akar umbi pada hari sama
ketuanya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah, Selasa lalu.Sebuah
portal yang memetik sumber-sumber yang rapat dengan ketua bahagian mengesahkan
perkara itu.“Pembatalan
dibuat atas kehendak ahli akar umbi.“Kami
takut keadaan menjadi tidak terkawal jika jemputan itu diteruskan,” katanya.
Terdahulu,
lapan Umno bahagian telah membatalkan hasrat untuk menjemput Muhyiddin untuk
merasmikan persidangan Umno peringkat bahagian.Menurut
laporan, bahagian-bahagian tersebut Sik, Tangga Batu, Hulu Terengganu, Cameron
Highlands, Raub, Lumut, Bukit Gantang dan Lipis.
Terdahulu
Umno Raub dan Sungai Besar memutuskan untuk membatalkan jemputan mereka
terhadap Muhyiddin merasmikan persidangan bahagian atas alasan menjaga
keharmonian ahli parti.-SH/4 Ogos 2015
0 comments:
Post a Comment