Sponsor

Saturday, August 15, 2015

Siapa Tokoh Umno Yang Merancang Gerakan Untuk Gulingkan Kerajaan...?


Image result for Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan terdapat gerakan untuk mengguling kerajaan oleh pembangkang dan turut didalangi pemimpin BN termasuk Umno.Beliau berkata, rancangan itu dijalankan dengan cara untuk mendapatkan akuan bersumpah daripada ahli Parlimen pembangkang, serta cuba menarik ahli Parlimen BN menyokong mereka bagi menumbangkan kerajaan sedia ada melalui 'jalan belakang'.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau mendapat maklumat itu daripada sumber yang sangat boleh dipercayai."Saya dapat mencium bau ada usaha yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tertentu yang didalangi tokoh-tokoh tertentu juga. Satu usaha untuk mendapatkan statutory declaration (akuan bersumpah) dalam kalangan ahli Parlimen parti pembangkang dan juga cuba menarik ahli Parlimen BN (menyokong mereka) untuk menumbangkan kerajaan sedia ada melalui 'pintu belakang'."Saya nyatakan perkara ini serius kerana saya mendapat maklumat daripada sumber-sumber yang sangat-sangat boleh dipercayai dan usaha ini sedang berjalan, kononnya seluruh 87 ahli Parlimen pembangkang berserta seorang ahli Parlimen Bebas sedang berusaha mendapat sokongan ahli Parlimen BN untuk menyokong mereka," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ampang di sini, hari ini.

Tanpa mendedahkan nama tokoh terlibat, Ahmad Zahid berkata, peguam kumpulan terbabit dikatakan sedang menyediakan "memorandum tujuh muka surat kertas kuning berserta akuan bersumpah" untuk menyatakan kononnya mereka mendapat suara majoriti bagi mengulingkan kerajaan.Beliau berkata, rancangan mereka itu tidak akan dibenarkan berlaku."Perkara seserius ini adalah perkara yang akan membawa kepada gelojak politik nasional kerana mereka tidak sanggup mahu menunggu lama (sehingga diadakan) pilihan raya umum (PRU), mereka mahu masuk melalui pintu belakang," katanya.

Untuk itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno mahu semua ahli Umno dan BN termasuk di peringkat akar umbi memandang serius rancangan itu dan perlu kekal bersatu bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku."Kekuatan kita berdasarkan kepada ketaatsetiaan yang merupakan tonggak kepada kekuatan kepemimpinan."Bukan sahaja kita mendambakan kekuatan dan sokongan akar umbi dan bahagian (Umno) kepada presiden parti, tetapi ahli Parlimen BN, saya amat yakin, mereka tidak akan terjebak dan terperangkap dengan permainan pintu belakang yang akan dilakukan oleh tokoh-tokoh tertentu ini," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid menyeru seluruh ahli Umno Selangor dan parti komponen BN negeri bekerjasama merancang strategi untuk merampas kembali negeri itu daripada pembangkang dengan tumpuan pada kawasan Lembah Jaya, Bukit Antarabangsa dan Ampang."Bangkitlah Umno Selangor. Lupakan titik bengik. Pemimpin harus turun ke bawah, jangan tebuk kapal yang dilanda badai, sebaliknya pegang layar, tali, sauh dan dayung bersama."Kita tidak mahu apabila kapal dilanggar, ahlinya tebuk kapal itu," katanya sambil menambah ahli Umno negeri harus kembalikan kegemilangan Selangor sepertimana semasa di bawah BN.
Terdahulu, Pengerusi Selangor, Datuk Seri Noh Omar dalam ucapannya mewakili 22 Bahagian Umno Selangor menyatakan taat setia kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta timbalannya, Ahmad Zahid."Semua ahli Umno harus bersatu-padu agar Umno terus mendapat sokongan rakyat. Umno Selangor berazam untuk berusaha keras menawan Selangor. Kita bukan susah untuk menang, cuma kena jaga kawasan masing-masing untuk mendapat balik Selangor," katanya. - Bernama
SH/15 Ogos 2015

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/