Sponsor

Tuesday, July 28, 2015

Pemecatan Muhyiddin – Antara Komen Pengguna FB,..‘Rakyat Suruh Dia Berhenti, Dia Pula Berhentikan Orang Lain’..?


Najib letak

SHAH ALAM, 28 JUL: Sejurus Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan, sekelip mata akaun rasmi facebook Najib dibanjiri kecaman pengguna laman sosial terhadap tindakannya itu.
Setakat jam 6.30 petang lebih 9,000 komen yang menyatakan ketidakpuasan hati gara-gara tindakan menggugurkan Muhyiddin daripada kerusi Timbalan Perdana Menteri. Antara komen pengguna laman sosial terbabit, Akiem Hakim, meminta Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.“Apa nak jadi? Kamu yang patut pecat diri sendiri. Cerminkan diri dulu sebelum buat tindakan,” tulis beliau.
Manakala pengguna facebook yang menamakan dirinya sebagai ‘Johor Utara’ pula menulis, “Gila kuasa. Gila harta. Gila pangkat. Alamat melingkuplah Malaysia macam ini,” komen beliau.
Mohd Deen pula menyifatkan tindakan Najib memecat Muhyiddin sebagai lucu ekoran pandangan beliau rakyat mahukan Najib sendiri yang meletakkan jawatan.“Lawak-lawak…. Rakyat suruh dia berhenti, dia pula berhentikan orang lain. Hebat, hebat… ,” kata beliau.
Tidak kurangnya terdapat pengguna laman facebook yang melabelkan Najib sebagai diktaktor ekoran tindakannya memecat menteri yang tidak sehaluan dengannya.Selain pelbagai komen kecaman, facebook Najib turut dibanjiri dengan #najibletakjawatan dan #bencinajib oleh pengguna laman sosial itu.-EZY SK/28 Julai 2015

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/