
SHAH ALAM - Mengakui agak 'takut'
selepas video pertama kenyataannya berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) menjadi viral baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
malam tadi berkata, beliau harus berpegang kepada kata-kata, 'berkata benar
biar pun pahit'.
Kenyataan terbaharu itu merujuk kepada
andaian sekiranya Parlimen dibubarkan pada masa ini, Barisan Nasional katanya
tidak akan menang berlandaskan senario politik hari ini."Kalau ikut kata hati saya, kalau
esok pilihan raya, kita tak mungkin boleh menang. Sudah ada asas-asas kajian
yang dibuat banyak pihak yang menunjukkan adalah amat sukar untuk Barisan
Nasional menang pada PRU akan datang.
"... Tetapi kalau dikata kalah,
tetapi masih tak kalah, betul tak? Bagi saya satu hikmah yang ALLAH beri
kepada kita selepas PRU lalu tahun 2008 Pak lah pimpin parti, kita dapat
undi yang lebih rendah dan jumlah 140 kerusi (saya tak berapa ingat) tetapi
saya bimbang ia berterusan bukan nak ulang cerita lama.
"Kalau- kalau tidak ada perubahan
kepimpinan, undi kita akan terus merosot sebab itu saya gerakkan satu usaha
dengan niat ikhlas untuk terus parti kita kekal berkuasa dapat sokongan kita
angkat Najib jadi PM dengan kemenangan 133 kerusi, orang kata merosot, tetapi
kalau Pak lah ambil mungkin jadi 120 atau lebih kurang daripada itu,
nasib baik kita masih selamat," katanya semasa berucap pada majlis penutup
mesyuarat Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga
Timbalan Presiden Umno berkata, oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ahli Umno
untuk melihat perkembangan ini kerana situasi semasa tidak memihak kepada parti
itu.
"... tetapi trend itu sudah menurun
, tidak lagi lebih dua pertiga, hanya jumlah kerusi majoriti mudah."Kalau begitu keadaannya menjadi
satu perkara yang paling penting dalam Perhimpunan Agung Umno sama ada di
bahagian, sayap Umno, untuk melihat apa hal yang sudah berlaku dalam parti,
perkembangan dalam kerajaan dan dalam negara kita yang menyebabkan sentimen
yang saya sebut tadi hampir berada dalam keadaan sebahagian besar rakyat tidak
menjadi pengundi kita, kenapa berlaku? Saya rasa ini lebih daripada meluat, ini
bukan saya sebut," kataya.-SH/27 Julai 2015
0 comments:
Post a Comment