Manakala Abdullah dalam laporan ISMAweb mengingatkan Pak Samad sepatutnya berfikir untuk mati dalam kebaikan bukan memilih menyertai DAP.Abdullah (gambar) juga dilaporkan berkata DAP bukan jalan hidayah dan hanyut dengan fahaman liberalisme sekular menyebabkan lahir umat Islam yang bertindak tanpa ambil kira halal haram.
Sehubungan itu, Pak Samad berkata beliau memilih
DAP kerana percaya parti itu sememangnya berjuang untuk seluruh rakyat Malaysia
dan beliau mempunyai cara yang tersendiri untuk masuk syurga.“Saya memberi hormat kepada mereka (Abdullah dan
Ridhuan) kerana menjadi 'penjaga pintu syurga'.“Saya hormat mereka 'jaga pintu syurga' tapi
saya juga punya jalan lain untuk masuk syurga,” katanya selepas majlis berbuka
puasa anjuran BERSIH malam tadi. Sementara itu, Pak Samad berkata beliau bersedia
menyumbang sedaya upaya terhadap DAP kerana parti itu menyumbang kepada semua
tanpa mengira batasan.“Saya masuk DAP kerana saya mempercayai parti
itu memang berjuang untuk seluruh orang Malaysia, sebabnya saya bersedia untuk
menyumbang untuk beri apa yang boleh dibantu.“Saya lebih fikirkan benda yang lebih besar (untuk DAP),” katanya- MK 10 Julai 2015
0 comments:
Post a Comment