Filipina merupakan negara di kawasan Asia tenggara yang pada
zaman dahulu kala memiliki populasi Muslim sangat besar, yakni mencapai angka
98%. Sebelum kedatangan bangsa Sepanyol tahun 1565, Filipina adalah negara
muslim dengan populasinya mencapai 98 % termasuk wilayah Kesultanan Brunei, hingga
semuanya berubah setelah kedatangan penjajah Sepanyol.
Ibukota Filipina, Amanilah adalah sebuah kota yang diberi nama
dari bahasa Arab yaitu Fi Amannillah ( dibawah perlindungan Allah Swt ),
setelah dikuasai Sepanyol Amanilah diganti nama menjadi Manila.
Ketika itu, muslim Filipina bertekad menjadikan kota Amanillah
(Manila) menjadi kota Islam terbesar di Asia Tenggara. Mereka pun sudah
menerapkan Syariat Islam selama berabad-abad di bawah pengaruh Negara Khilafah
Islam di Timur Tengah.Pekerjaan utama muslim Filipina ketika itu kebanyakan
adalah pedagang, petani dan juga nelayan.
Pada tahun 1565, Bangsa Sepanyol datang dengan misi (Gold, Glory
dan Gospel) yang membawa maksud Penjajahan dan memberi nama Philipina sesuai dengan
nama raja mereka iaitu Raja Philipe. Tahun 1569 kota Amanillah ditawan oleh penjajah
Sepanyol dan membantai penduduknya. Kemudian daripada itu, berbagai-bagai macam
ancaman, kekerasan dan pemaksaan Sepanyol melakukan Kristianisasi terhadap
muslim di wilayah Filipina Utara dan Tengah.
Sebagian dari Muslim yang tidak berpuas hati dan merasa jijik
dengan penerapan kristianisasi secara paksa itu terpaksa melarikan diri ke
wilayah selatan Filipina untuk menyelamatkan akidahnya. Mereka berusaha membina
pertahanan yang kuat dan terus melawan penjajah Sepanyol melalui perang
Gerilya. Kemudian Sepanyol memberi nama kepada muslim Filipina dengan gelaran orang
Moro. Nama ini diambil dari sebutan kepada keturunan Arab Spanyol yang beragama
Islam yang dahulunya pernah menguasai Andalusia (Sepanyol) iaitu orang Moor.
Penjajah Sepanyol semenjak itu telah merekrut orang-orang Indo
Kristian (orang Filipina yang sudah dikristiankan) untuk berperang menentang muslim.
Boleh dianggap penentangan itu berlaku sesama saudara sendiri akibat perbezaan
agama.
Perjuangan muslim Filipina samaada melawan penjajah Sepanyol mahupun saudara sebangsa mereka iaitu orang Indo Kristian berterusan sehingga tahun 1898.
Perjuangan muslim Filipina samaada melawan penjajah Sepanyol mahupun saudara sebangsa mereka iaitu orang Indo Kristian berterusan sehingga tahun 1898.
Muslim di Filipina ketika ini sungguh sangat memilukan. Negara
yang dahulunya dikuasai 98% warganya muslim telah berubah menjadi negara
kristian. Kini Muslim hanya berbaki 5 peratus dan Kristian sebanyak 90 peratus
sementara yang lainnya mengamalkan Budha dan Atheis. Apakah suatu hari nanti
Muslim di Filifina juga akan menjadi seperti muslim Rohingya yang di halau
keluar dari tanahair mereka sendiri.?
Wallahuaklam.. dari pelbagai sumber
0 comments:
Post a Comment