Sponsor

Sunday, July 5, 2015

Bergambar- Sambutan Ramadhan Di Pelbagai Belahan Dunia..

Alhamdulillah, bulan Ramadhan- Satu bulan yang memang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Oleh itu kedatangannya memang ditunggu kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk seluruh umat Islam meningkatkan keimanan dan ketakwaan.Di dalam bulan Ramadhan, seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa. Ini diterangkan dengan jelas dalam ayat 183, surah Al-Baqarah yang membawa maksud; "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."
Palestin – Jamaah bersolat dihadapan Masjidil Al Aqsa
Pakistan- Waktu berbuka Puasa di Masjid Wazir Khan, Lahore
Arab Saudi- Umat Islam membaca Quran di Masjid Al Rajhi, Riyadh 
India- Muslim berbuka puasa di sebuah masjid di Ahmedabad, India.
India- Muslim berbuka puasa di Masjid Jama di Delhi, India.
Indonesia- Muslimah Indonesia mendirikan solat di masjid Istiqlal, Jakarta.
Somalia- Keluarga Somalia menerima makanan berbuka puasa dari sebuah organisasi amal Qatar selama bulan suci Ramadhan di ibukota Mogadishu.
Thailand- Muslimah di Thailand bersolat di sebuah masjid di Pattani
Itali- Seorang migran sedang solat di pantai berbatu di perbatasan Franco-Italia di Ventimiglia
Oman- Umat ​​Islam siap berbuka puasa di ibukota Oman, Muscat.

Jeddah,Arab Saudi
Masjid di Taunggyi, Myanmar.
Tunisia

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/