Sponsor

Friday, July 24, 2015

Ramadan Berlalu, Konsert K-POP Bakal Bergegar..?

Batalkan konsert K-Pop Sabtu ini! Itu tuntutan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) kepada pihak berkuasa bagi menghalang konsert kumpulan dari Korea Selatan, Big Bang, yang berlangsung malam ini dan esok.

Dalam peringatan ditulis di Facebook, PEMBINA mengingatkan umat Islam supaya tidak leka dengan hiburan kerana Ramadan baru saja berlalu."Ramadan baru saja pergi meninggalkan kita. Kini belia kita mahu menyambutnya dengan menghadiri konsert K-pop?" kata pertubuhan itu.
Bing Bang adalah kumpulan K-pop dianggotai lima anak muda yang muncul kali pertama pada 2006.Selepas menyepi selama dua tahun, mereka bersatu semula pada 2011 dengan album baru, Tonight tetapi berdepan masalah perundangan.
Big Bang adalah kumpulan pertama dari Korea Selatan muncul dalam senarai Billboard 200 dan memulakan siri jelajah dunia untuk kali pertama pada awal 2013.
Menurut PEMBINA, konsert begitu perlu dihindari dan kejadian gadis Melayu dipeluk suatu ketika dulu wajar dijadikan iktibar.Kata kumpulan itu, selepas bantahan dibuat berkali-kali penganjur belum insaf dan "mahu mengejar keuntungan semata-mata" dan mengabaikan kesan terhadap belia.
"Admin seru sudah tiba masa kita letakkan titik noktah pada gejala hedonisme yang melampau ini! Belia Malaysia tolak konsert K-pop! "Kita lawan sampai konsert K-pop berambus dari Malaysia!" katanya.-MK/24 Julai 2015

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/