
Meskipun bom yang dijatuhkanya mampu untuk menamatkan perang Dunia
II, namun fikirannya selalu terbayangkan betapa banyaknya rakyat yang tidak
berdosa telah terkorban akibat dari bom atom itu. “Berapa banyak rakyat Jepun yang telah kami bunuh..? Tuhan..! apa
yang telah kami lakukan”.?. Itulah sebahagian dari surat yang ditulis Kapten
Robert Lewis kepada bapanya. Dalam buku catatan itu juga menjelaskan pelan misi
pengeboman ke Hiroshima.

‘Flight Plan’- Catatan Kapten Robert Lewis
Pada
hari itu, 6 Ogos 1945, Robert Lewis menjadi juruterbang ‘Enola Gay’. Pesawat
itu diterbangkan dari North Field ( tempat persiapan intensif untuk misi
pengeboman) iaitu kira-kira 6 jam penerbangan dari Hiroshima, Jepun. Pesawat
mencapai ruang angkasa Hiroshima jam 8.00 pagi dan bom atom itu dikenali dengan
julukan ‘Little Boy’.

Catatan
Lewis juga menceritakan detik-detik maut itu hanya memerlukan 43 detik
untuk membenamkan Hiroshima dari ketinggian 30 ribu kaki. Ledakan itu
menghancurkan sekitar 10 Kilometer persegi. Cukup mengerikan. Anggaran 80 ribu
orang maut dalam kejadian itu sementara 60 ribu lagi maut selepas setahun
kejadian itu akibat sisa-sisa radiasi dari atom tersebut.
Kapten
Robert Lewis juga menulis, bahawa pengalaman menjatuhkan bom tersebut tidak
pernah dialami oleh orang lain selain kru operasi tersebut. Namun ia menegaskan
bahawa penyesalan selalu menghantui sepanjang sisa umur hidupnya...”Jika saya
hidup 100 tahun, saya tidak akan pernah melupakan peristiwa tersebut dari fikiran
saya walau hanya untuk beberapa minit”.. tulisnya.



0 comments:
Post a Comment