SHAH ALAM – Nasib parti politik
baharu, Gerakan Harapan Baru dijangka berakhir seperti mana-mana parti serpihan
lain yang pernah wujud sebelum ini, lebih-lebih lagi apabila ia ditubuhkan oleh
bekas pemimpin Pas yang kecewa pada pemilihan lalu.
Demikian kata penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang tidak menolak kemungkinan itu meskipun ia membawa agenda kepada perubahan politik negara.“Sukar untuk dinyatakan...tetapi dilihat kepada semangat golongan kelas pertengahan dan anak muda yang mahukan perubahan politik serta masalah yang dihadapi oleh kepemimpinan Umno sekarang. “Boleh kekalkah Harapan Baru? Sejarah menunjukkan sukar bagi parti serpihan kekal kuat. Berjasa, Hamim dan S46 tak mampu bertahan,” katanya dalam tulisan terbaru di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Pensyarah
Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga berkata, kemunculan
Harapan Baru selepas berakhirnya Muktamar Pas Pusat akan melalui laluan sukar
kerana tidak kena pada masa dan tempatnya.“Masa
Harapan Baru digerakkan tidak tepat. Ini kerana ia ditubuhkan selepas pemilihan
Pas dan ditubuhkan oleh mereka yang tewas. Tempat juga pelancaran tidak kena.
Banyak ceramah bermula di Kelantan.“Mengapa
ditumpu pada kawasan kuat Pas? Mengapa tidak dilancarkan di tempat di luar
Kelantan atau di kawasan Melayu yang lain. Lebih meriah lagi kalau dilancarkan
di Sabah dan Sarawak,” ujarnya.
Tambah
beliau, biarpun pemimpin progresif Pas yang kecewa ini merupakan tokoh hebat,
namun mereka dibayangi dengan kontroversi dengan sejarah masing-masing.Katanya
lagi, sumber kewangan yang terhad juga tidak membolehkan Harapan Baru terus
bertahan dalam senario politik hari ini.“Tanpa
sumber kewangan, Harapan Baru sukar bertahan. Stamina mudah habis tanpa sumber
yang mencukupi.“Berpolitiklah
secara sihat. Jangan bawa budaya caci maki, keji mengeji dan label melabel,”
katanya lagi.- SH/21 Julai 2015
0 comments:
Post a Comment