Sponsor

Sunday, July 5, 2015

Isu Muslim Rohingya, Dimana Nilai-Nilai Kemanusiaan Kita...?

Bertahun-tahun sudah puluhan ribu etnik Rohingya terusir dari negara asal mereka, Myanmar. Kekejaman ekstremis Budha yang disokong oleh Ragim Junta Myanmar terus-menerus mensasarkan kebencian mereka kepada muslim etnik Rohingya, hingga memaksa mereka meninggalkan tanahair kelahirannya. Etnik yang telah menempati wilayah Arakan sejak abad ke-8 tersebut diambil hak-hak dasarnya sebagai manusia secara keji dan brutal.

Tanpa ada rasa perikemanusiaan, ekstrimis Budha menyerang, membunuh bahkan tanpa rasa segan silu terus melecehkan dan memperkosa muslimah Rohingya termasuk kanak-kanak. Muslim Rohingya sebagai kumpulan minoriti tidak diberikan hak kewarganegaraan dan tidak diperkenankan untuk melakukan aktiviti sebagaimana masyarakat yang berkewarganegaraan. Mereka tidak diberi peluang terhadap pendidikan, kesihatan, pekerjaan mahupun pasarana umum lainnya. Kehidupan etnik Rohingya di Myanmar hanya bergantung pada apa yang terdapat disekitar mereka. Lebih pilu lagi ketika mereka berupaya menyelamatkan diri dari ancaman pembunuhan puak ektrimis Budha dengan mencari perlindungan politik ke negara lain di sekitarnya tidak mendapat layanan yang sempurna.
Ratusan ribu muslim Rohingya menjadi manusia perahu yang terumbang ambing selama berbulan-bulan di tengah lautan tanpa bekalan makanan secukupnya mahupun pakaian sekadar memadai. Tidak sedikit pula diantara mereka yang harus meregang nyawa kerana tidak mampu bertahan dengan situasi tersebut ataupun kerana perkelahian antara kelompok sehingga pula menelan korban jiwa.
Bagi negara- negara tetangga terdekat seperti Malaysia, Indonesia, Filifina dan Thailand menolak untuk memberikan perlindungan politik atas alasan permasalahan status kewarganegaraan pelariann Rohingya. Nasionalisme menjadi alasan utama yang membuat negara-negara tersebut ‘membiarkan’ etnik Rohingya yang kelaparan dan memerlukan pertolongan. Seolah-olah nilai kemanusiaan telah luntur dari benak para pemimpin negara tetangga, etnik muslim Rohingya yang ingin meminta pertolongan jesteru dianggap sebagai imigran gelap atau pendatang yang berpotensi mengganggu ketenteraman negara. Sebahagian nya menanggapi bahawa menerima mereka akan membebankan keewangan negara.Tidak ada satu pun negara yang memiliki nurani untuk mengembalikan hak kemanusiaan etnik muslim Rohingya.
Sesungguhnya berbagai tindakan diskriminasi terhadap kalangan minoriti muslim tidak hanya terjadi pada etnik Rohingya. Kita tidak boleh lupa bahawa masih banyak umat Islam di beberapa negara yang tidak memperoleh hak-haknya. Sebut saja muslim Uighur di Xinjiang serta kaum muslimin di beberapa wilayah Afrika, Suriah dan Palestin.
Apa yang sebenarnya terjadi pada kaum muslimin hari ini sehingga hak-haknya mudah dirampas oleh pihak yang tidak berperikemanusiaan ? Dimana pula letak naluri maupun nilai kemanusiaan dari para pemimpin negera-negera muslim yang begitu berat untuk membantu saudara seakidahnya sendiri ?
Wallahuaklam..

Dikongsi dari pelbagai sumber.. 

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/