Sponsor

Thursday, July 23, 2015

Selembar Al Quran Yang Berusia 1,370 Tahun Di Temui Di Universiti Birmingham..?

UNITED KINGDOM - BRITAIN. Ujian radiokarbon pentarikhan telah menemui manuskrip al-Quran yang berusia paling tidak 1,370 tahun, menjadikan ia al-Quran paling awal wujud yang berjaya ditemui, lapor BBC.
Kitab suci itu yang berada di perpustakaan Universiti Birmingham sejak hampir seabad lalu tanpa diketahui statusnya bersama disimpan bersama buku-buku dan dokumen dari Timur Tengah.
Pakar dari Perpustakaan British, Dr Muhammad Isa Waley berkata, penemuan itu sesuatu yang mengujakan dan membuatkan masyarakat Muslim begitu gembira.
Apabila pengkaji PhD meneliti lebih dekat muka surat manuskrip itu, mereka memutuskan untuk menjalankan ujian radiokarbon pentarikhan dan keputusannya sangat mengejutkan.Pengarah koleksi istimewa universiti tersebut, Susan Worrall berkata, para penyelidik tidak menyangka manuskrip itu begitu berusia.“Mengetahui kami menemui salah satu serpihan tertua al-Quran di seluruh dunia sangat menakjubkan,” katanya.
Ujian yang dijalankan Unit Akselerator Radiokarbon Universiti Oxford menunjukkan teks itu ditulis atas serpihan yang diperbuat daripada kulit kambing atau biri-biri. Ujian itu memberitahu jangkaan tarikh yang menunjukkan kebarangkalian sebanyak 95 peratus (%) bahawa kertas kulit itu dari tahun 568 dan 645.
Menurut salah seorang pensyarah Universiti Birmingham, David Thomas, tarikh itu memungkinkan bahawa orang yang menulis manuskrip itu mungkin masih hidup ketika zaman Nabi Muhammad SAW.“Penulis itu mungkin juga mengenali Nabi Muhammad. Mungkin juga penulis melihat Nabi Muhammad, mendengar Nabi Muhammad berkhutbah dan mengenalinya secara peribadi,” katanya.-SH/23 Julai 2015

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/