
Pesuruhjaya
Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad dalam satu kenyataan berkata,
tindakan peserta himpunan Bersih 4.0 itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi
kepada seseorang yang dihormati seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Justeru
atas rasa keprihatinan, pagi ini satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis
Jalan Dang Wangi Kuala Lumpur. "Semoga
pihak PDRM mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan tindakan provokatif
dan berniat jahat ini dapat di rungkai demi kesejahteraan dan ketenteraman
awam," ujarnya.
Pada Ahad,
foto yang menunjukkan seorang peserta Bersih 4.0 memijak gambar Abdul Hadi
'berpelukan' dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa
perhimpunan hari yang pertama menjadi viral di media sosial.Tindakan
peserta itu mengundang kritikan bukan hanya di kalangan pemimpin parti politik
tetapi orang ramai yang menyifatkan perbuatan itu sebagai biadab.
SH/1 September 2015
Elok sgt dap jdi pm pru14. Nk tgok melayu2 yg demo skn tu dpt apa. Sronok dpt pemimpin mcm singapura. Kt penang pun sama. Syukur sgt2 dap perintah. Dh x dgr menang sorak kg tergadai. KipiD.A.P.
ReplyDeleteAlvin Tun
KipiD.A.P & kariP.A.P