
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz
Mahathir dilihat meninggalkan bangunan Putra World Trade Center (PWTC) sejurus
mesyuarat berakhir.Sebelum ini tersebar di media sosial
kononnya ketiga-tiga pemimpin Umno berkenaan bakal dipecat pada dalam mesyuarat
hari ini.Kira-kira 100 penyokong sabar menanti
dan bersorak sebaik saja mereka bertiga turun keluar dari pintu utama Menara
Datuk Onn, PWTC.
Mesyuarat hari ini menjadi sesuatu yang
ditunggu-tunggu selepas khabar angin bertiup kencang menyatakan Muhyiddin dan
beberapa yang lain akan dipecat daripada Umno.Mesyuarat MT hari ini juga kali pertama
diadakan selepas tertangguh 2 kali sejak penyingkiran Muhyiddin dan Naib
Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinet pada akhir Julai lalu
kerana kelantangan mereka mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Selepas dipecat, Muhyiddin dan Shafie
meneruskan kritikan ketika hadir merasmikan mesyuarat bahagian partiberhubung
isu 1MDB dan turut mempersoalkan mengenai isu derma RM2.6 bilion yang
dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.Terdahulu, kira-kira 100 penyokong Umno
yang datang dari Johor, Sabah dan Kedah hadir ke PWTC untuk menanti keputusan
mesyuarat hari ini. – TMI/9 September, 2015.
0 comments:
Post a Comment