
Ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi Anina Saadudin yang
memfailkan saman terhadap presiden parti Datuk Seri Najib Razak minggu lepas
akhirnya dipecat daripada parti.
Dalam surat pemecatan yang sedang viral di media
sosial hari ini, beliau dipecat daripada parti mengikut Fasal 20.7 Perlembagaan
Umno kerana membawa hal parti ke mahkamah. "Tiada komen setakat ini," kata Anina dalam
respon segera selepas dihubungi The Malaysian Insider bagi mengesahkan mengenai
surat pemecatan tersebut.
Surat
yang dihantar ke Bahagian Umno Langkawi itu ditandatangani setiausaha agung
Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. The Malaysian Insider difahamkan, Anina akan
memanggil satu sidang akhbar pada esok bagi menjelaskan mengenainya. Anina pada Jumaat lepas memfailkan
saman terhadap Najib meminta beliau bertanggungjawab atas kronologi
peristiwa yang melibatkan aliran wang RM2.6 bilion yang berakhir dalam akaun
bank peribadi perdana menteri itu.
Terdahulu,
Anina pada mesyuarat agung tahunan bahagian Langkawi dalam sebuah video yang
tersebar melepaskan kemarahannya terhadap Najib,
menggunakan perkataan kesat, mendakwa perdana menteri itu berbohong dengan
mengakui semua 3 juta ahli Umno menyokong beliau.
TMI/1 September, 2015.
0 comments:
Post a Comment