Sponsor

Thursday, September 3, 2015

MB Kedah Bakal Berganti..? Kritikan Terbuka Terhadap Mukhriz Mungkin Ada Maksud Tertentu..?


ALOR SETAR: Penukaran Menteri Besar Kedah dilihat sebagai tindakan yang cukup berisiko dan mampu membawa implikasi buruk kepada UMNO negeri, terutama dalam usaha mengekalkan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kelak. "Bukan mudah nak tukar Menteri Besar dan kita tak mampu (nak tanggung akibat) bercakap mengenai soal ini, ..sebaliknya, harus tumpu untuk memperoleh majoriti selain menambah bilangan kerusi untuk dimenangi pada PRU nanti," kata Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Othman Aziz.

Beliau diminta mengulas desas-desus Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, sebagai Menteri Besar Kedah, yang dicanang kononnya bakal digantikan. 
Ditanya mengenai tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, yang aktif mengkritik kepimpinan Mukhriz termasuk mendesak Menteri Besar Kedah itu berundur, Othman percaya isu berkenaan sengaja digembar-gemburkan individu tertentu yang sememangnya sengaja mengambil peluang. "Sebarang kritikan terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah sepatutnya dibuat secara tertutup dan tindakan mengkritik secara terbuka hanya akan melemahkan UMNO, sekali gus memberi kesan kepada persepsi rakyat berhubung pentadbiran sedia ada. "Kejayaan sesebuah organisasi terletak pada kerja berpasukan dan apabila wujudnya individu mengkritik kepemimpinan dari parti sama, ia akan memberi kesan kepada parti, sekali gus menggambarkan bahawa kita lemah semangat berpasukan. 
"Saya kira sepatutnya sebarang kritikan berhubung pentadbiran negeri seharusnya dibuat secara empat mata dengan mengadakan pertemuan bersama Mukhriz sendiri, ..ini kerana akhirnya yang lebih penting adalah penyatuan jentera kerajaan di mata rakyat, sekali gus membolehkan kemenangan diperoleh dalam PRU," katanya. 
Ahmad Lebai pernah digantung keahlian selama dua tahun berkuat kuasa 17 Disember 2008 selepas didapati bersalah Fasal 20.8 (B) dan (C) Perlembagaan Umno yang dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 kerana melakukan sabotaj dalam PRU Ke-12 lalu. BH Online/3 September 2015

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/