
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, tokoh tersebut bakal muncul tanpa perlu didedahkan identitinya."Perkara ini bukan rekaan tapi sedang berlaku. Saya tahu siapa. Tidak perlu saya beritahu siapa kerana akhirnya dia akan muncul."Jika dia berani, tokoh itu kena nafikan di media," katanya yang juga Menteri Dalam Negeri ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Klang, di sini, hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan terdapat gerakan untuk mengguling kerajaan oleh pembangkang dan turut didalangi pemimpin BN termasuk Umno.Beliau berkata, rancangan itu dijalankan dengan cara untuk mendapatkan akuan bersumpah daripada ahli Parlimen pembangkang, serta cuba menarik ahli Parlimen BN menyokong mereka bagi menumbangkan kerajaan sedia ada melalui 'jalan belakang'.
Sementara itu, dalam ucapan di Klang, beliau turut mendakwa konspirasi
itu melibatkan khidmat peguam yang menyediakan akuan bersumpah."...akuan bersumpah itu untuk ditandatangani oleh kononnya
ahli-ahli Parlimen pembangkang dan akan mempengaruhi ahli-ahli Parlimen BN."Saya tahu sebab saya Menteri Dalam Negeri. Saya mendapat maklumat.
Selain tokokh itu, saya tahu siapa di belakang tokoh itu. Saya tak perlu
dedahkan kerana (akan) adanya pendedahan yang akan timbul sendiri,"
katanya.
Dalam ucapan sama, beliau menyatakan keyakinan bahawa tiada mana-mana
pemimpin Umno di peringkat akar umbi yang menyokong konspirasi itu."Saya tidak fikir ada mana-mana tokoh Umno di peringkat akar umbi
dan bahagian yang mahu menyokong tindakan ini."Sebagai sebuah negara
demokrasi, pilihan rakyat hendaklah dihormati dan 88 ahli-ahli Parlimen BN
harus bersama-sama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri yang
dipilih rakyat melalui pilihan raya," katanya. SH/15 Ogos 2015
???????
ReplyDelete